1.
Kelahiran normal
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling
diinginkan oleh setiap ibu. Saat inilah pelbagai pengalaman yang
menegangkan,menyakitkan bahkan membahagiakan.
Biasanya doktor akan menggunakan kaedah
Episiotomy melibatkan pemotongan kecil pada otot luar vagina. Ini bagi
memudahkan proses bayi keluar.
2.
Kelahiran cara forsep
Kelahiran cara forseps adalah kelahiran dengan bantuan alat yang dikenali sebagai forseps. Sekiranya digunakan dengan betul, ia tidak berbahaya malah mungkin boleh menyelamatkan nyawa. Antara indikasi penggunaannya:
·
Kes sakit jantung ataupun darah tinggi, forseps dapat membantu
ibu untuk tidak meneran terlalu kuat.
·
Bayi sudah terlalu lama dalam pintu rahim. Ada kalanya ibu tidak
dapat meneran dengan baik dan kepala bayi tersekat lama dan boleh membahayakan
bayi.
- Keadaan bayi sonsang
3.
Kelahiran cara vakum
Ia
menggunakan kuasa sedutan pada kepala bayi bagi membantu mengeluarkannya. Ia
digunakan dalam keadaan tertentu seperti forseps.
Kelebihannya berbanding forseps adalah ia
dapat digunakan dalam kes-kes di mana kedudukan kepala bayi tidak berada dalam
kedudukan optimu; iaitu kepala bayi dalam keadaan OT (senget ke tepi) atau OP
(muka ke atas). Ia biasanya tidak menyebabkan luka pada vagina ibu sekiranya
dilakukan dengan berhati-hati.
Antara komplikasi menggunkan vakum adalah
apabila kepala bayi agak tiggi dan ibu tidak dapat membantu meneran dengan
baik. Pendarahan mungkin terjadi di bahadian bawah kulit kepala bayi.
Doktor kanak-kanak akan dipanggil bagi menilai
keadaan bayi. Kepala bayi akan kelihatan lonjong sedikit selepas lahir dan akan
hilang dalam masa seminggu.
4.
Kelahiran pembedahan caesarean
Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan
bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal.
Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal
anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah).
Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya
pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau
torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari.
Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka
sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka
sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan
pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.
Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula
dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa
2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh
beraktiviti harian tanpa masalah.
No comments:
Post a Comment