Menyediakan Set bersalin Nona Roguy, Ibu Halimah, Sendayu tinggi dan Leesa. Selain itu, kami juga ada menjual bengkung, tungku, barut bercorak, dan bedung yang comel..Jom Tgk!
Wednesday, February 15, 2012
New Life...:)
Yup...anak ke-2 saya di lahirkan.....13 January 2012...Diberi nama NURUL IZZAH BINTI MUHAMAD FAISAL...
Pengalaman bersalin kali ni mmg berbeza berbanding semasa melahirkan zakwan dulu...kalau dulu zakwan di lahirkan secara vacuum, kali ni saya rasa mcm nak bersalin secara normal sepenuhnya...tapi tak sangka, niat tu menjadi kenyataan, cumanya, bagi saya, kali ni nyawa saya dan baby btol2 dalam bahaya...waktu bersalin tu, saya asyik fikirkan keselamatan baby je...sehingga saya 'push' kuat2 dengan harapan baby cepat keluar dengan selamat...mmg fokus abis lah!
Membuat keputusan untuk bersalin di Hospital Kuala Kangsar
Pada mulanya, saya plan nak bersalin di Hospital Ipoh, tapi selepas lawatan kali pertama kami ke hospital tu untuk check bukaan(kuar 'show' pada 8hb Jan), kami rasa kami perlu memikirkan semula keputusan tersebut. untuk berjumpa dengan doktor,saya perlu menunggu selama 3 jam ..huhu...dengan ramainya patient dan rungutan dari nurse bahawa katil dah penuh membuatkan saya rasa berat hati untuk bersalin di Hospital Ipoh...memandangkan bukaan baru 1 cm ketika itu, kami membuat keputusan untuk menunggu di Kuala Kangsar dan bersalin di sana...
12 Jan 2012
Ok, contraction dan terasa setiap 20 min...masih boleh tidur lagi, so, mesti lama lagi...pukul 5.30pagi, dah rasa tak larat nak tahan sorang2...Encik suami saya kejutkan untuk standby..-mandi, solat subuh dan siapkan barang2, incase kene tahan kat hospital...
Di Hospital Kuala Kangsar, sunyi je...ada sorang ibu yang telah selamat melahirkan baby...Nurse kat situ terus je bagi baju untuk di pakai( warna pink lagi..hehe)...tapi saya menolaknya, sbb saya tak sure lagi bukaan dah brape..sakitnya masih tak konsisten. Selepas di periksa, bukaan baru 2cm...dan yang check bukaan tu pun, cuma nurse...saya tak nmpk sorang doktor pun...yeah...disini barulah banyak soalan yang berlegar di fikiran...kenapa mereka check bukaan dulu? nape tak buat CTG dulu? Mana doktor? huhu...
Saya di tahan di wad kerana nurse risau bukaan akan terbuka dengan cepat, memandangkan ini anak yang ke-2...
Di Wad bersalin
Tak ramai pun kat wad bersalin tu(nama wad tu pun saya dah lupa...hehe)..ada lebih kurang 11 org sahaja kat dalam wad tuh...dengan hanya 24 katil sahaja...
Saya berjalan di sekeliling wad, dengan harapan, baby akan kuar cepat dan mudah...sampai nurse2 pelatih kat situ tanya..'akak tak penat ke?' hehe...pening diorg tgk saye asyik berjalan je..hehe...
Petangnya, contraction sudah mula terasa lama untuk setiap selang masa...jam masih di tepi untuk merekod selang masa sakit tu...dan, sepanjang hari di situ..TAK ADA PUN NURSE@ DOKTOR yang datang tanya khabar saya..huhu...takpe..masih boleh tahan lagi...masih boleh solat berdiri lagi...tapi menggigil jugak la badan ni menahan sakit tu datang...
Permintaan yang di ambil mudah
Seusai solat maghrib(secara duduk), saya rasa dah tak dapat nak tahan lagi sakit...sabar..tunggu masuk isyak dulu..hehe..boleh tunggu lagi tuh...lepas je solat isyak, saya bagi tau dengan nurse yang kebetulan lalu...dengan nada yang lemah..'ok, jap lagi saya check'....lebih kurang 5 minit lepas tu, nurse tu datang, letakkan tangan dia di atas perut(untuk check contraction)..huhu..cara tradisional btol...contraction 2 kali dalam 10 min...dia minta untuk check bukaan plak...dah 4 cm rupanya...still..lambat lg!.....huhu..tapi dah boleh p labour room...
kat labour room, sakit tu kurang...tak tau kenapa...check CTG pun, contraction tak teruk sangat, sampai nurse tu cadangkan saya balik semula ke wad! waaa..tak mau..sbb saya dah tak larat nak bagi tau lagi kalo saya dah sakit btol2....huhu
lepas hampir sejam, datang sorang lagi nurse, check bukaan, dah 5 cm...so, tutup citer nak antar balik ke wad..alhamdulillah....
Hypnobirthing
Yup...kalo dah 5cm tu, faham2 la sakitnya mcm mane...makin lama makin sakit, dan badan saya menggigil menahan sakit itu. Air ketuban tak di pecahkan, No Gas untuk tahan sakit atau petidine atau ape2 sahaja ubat tahan sakit..bukan saya taknak, tapi mmg tidak di berikan oleh pihak hospital dengan alasan tiada doktor pakar...Saya mengiring ke kiri, sbb ada dengar petua, kalo nak cepat bersalin, baring dengan mengadap ke kiri....mulut dah mula mengalunkan zikir...sms dah di antar kepada suami supaya standby...pastu teringat tentang kaedah hypnobirthing...'JANGAN LAWAN SAKIT TU, TAPI TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN GEMBIRA' ...
Ketika itu, saya membayangkan, baby sedang berusaha menolak dirinya untuk keluar..kalau saya tahan sakit itu, bermakna saya tahan anak saya untuk keluar..kesian anak saya..so, saya gagahkan diri untuk senyum..dan kata dalam hati..'ok baby, kuat lagi...ummi boleh tahan lagi ni' jadi, sesakit mana pun saya, saya lebih lega, sbb anak saya masih kuat.......alhamdulillah...pernafasan saya menjadi lebih teratur dan badan dan tak menggigil menahan sakit yang datang....last sekali, saya terasa air ketuban pecah, dan baby dah nak kuar...tapi masa tu, baru saya perasan, saya tak abis blaja tentang hypnobirthing..... ketika 'push' tu..nak bayangkan ape plak ye? kene fikir ape? huhu...so, pakai hentam 'push' je la...dekat setengah jam jugak la sesi push tu, sbb saya gelabah, memikirkan, Hospital Kuala Kangsar akan hantar patient yang bermasalah untuk bersalin ke Hospital Taiping. Cuba bayangkan, baby dah stage ke 2 untuk keluar, tetiba si ibu tak larat nak push, diorg akan hantar ke Hospital Taiping yang memakan masa 30 minit untuk sampai...apa akan jadi dengan anak saye? tak ke lemas??wawawa.....
Alhamdulillah jugak la, Nurul Izzah keluar dengan selamat, di sambut oleh mid-wife dan 2 nurse pembantu dengan di 'perhatikan' oleh doktor(doktor kot, sbb dia pakai uniform color lain)..dan tak sempat pun nak tgk pangkat dia..
Seriously, saya rasa better saya bersalin kat umah. di sambut oleh bidan...huhu..tak faham, kenapa ada hospital yang takde doktor...peluang untuk terjadinya risiko semasa melahirkan sangatlah tinggi...walaupun saya percaya segala yang berlaku semasa bersalin tu ketentuan Allah, tapi bukan ke dunia perubatan skarang ni dah canggih? kenapa ada hospital yang masih kurang semua kemudahan yang sepatutnya ada? pelik la, saya kat dalam Malaysia lagi kan? huhu..pelik2...
Macam mana pun, saya bersyukur sangat sbb semuanya dah selamat...alhamdulillah..:)
Labels:
New Life :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah atas perjuangan !!
ReplyDeleteitulah kann... kalau bercakap ttg GH ni memang tak abis. kadang rasa pelik... tak suka kah mereka jika memberi servis terbaik,pesakit pun pasti akan terus doa kan yang terbaik selain rasa gembira kan??
Sy pulak menanti giliran huhuhu
Huhu..mmg serik la nak bersalin kat hospital yang saya tak 'kenal'...nurse ok, doktor pun ok..tapi kalo kemudahan takde, mcm mane semua nak ok...rase nak g tanye kat kementerian kesihatan la...huhu
ReplyDeleteMcm sy g hosp prt bntr,dh bkk 10cm 45mbt xblh teran sbb contraction xpjg,diorg decide hntr g hosp tpg ada pakar..bygkn la naik ambulan n thn drp teran ,tp ok 15 je smpi bersalin..nasib dpt nurse kt tpg n dr yg ok xmcm pbntr mrh2 n biarkn sy..mmg xada dr jgk sini sama kk la.jahit kt gov sangat sakit,mmg xthn xada bius compare kwn brsalin columbia dia ckp xrasa tgk2 siap dh dr jahit..l2nd nk g columbia n suami dh bg green light
ReplyDeleteerk! Hospital daerah kat Perak memang teruk ke..? dari zaman mak saya bersalinkan adik2 saya2 saya dgr mcm hal psl hospital daerah especially HKK la
ReplyDelete