Thursday, December 15, 2011

Apa itu G6PD??


Apa itu G6PD?
Merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia yang mana enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan
Kekurangan (deficiency) G6PD  adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD. Ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan ataupun makanan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Bagaimana G6PD di kesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir. 

Apakah masalah yang bakal dihadapi oleh penghidap G6PD?
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis(kuning). Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. 
                 Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.  Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
                 Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang. 
                Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria. 
                  Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi. 

Ubat-ubatan yang harus dielakkan
Anagelsik & Antipiretik :-
·        Asetanilid
·        Asid Asetilsalisilik
·        Aminopirina
·        Antipirina
·        Fenasetin
Antimalaria:-
·        Klorokuina
·        Pamakuina
·        Pentakuina
·        Plasmokuina
·        Primakuina
·        Kuinakrina
·        Kuinina
·        Kuinosida
Nitrofuran:-
·        Furaltadon
·        Furazolidon
·        Nitrofurantoin
·        Nitrofurazon
Sulfonamida:-
·        Asetilsulfanilamida
·        Sulfisoksazola
·        Sulfametlsipiridina
·        Sulfapiridina
·        Sulfatiazola
Sulfon:-
·        Dapson (DDS)
·        Sulfokson
Ubat Lain:-
·        Dimerkaporl
·        Metilena Biru
·        Asid Nalidiksik
·        Orinase
·        Asid Para-aminosalisili (PAS)
·        Fenilhidrazina
·        Kuinidina
·        Vitamin K

Makanan yang harus dielakkan:
·        Kacang Parang (Fava Bean)

Lain-lain yang perlu dielakkan:
·        Ubat gegat.
·        Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
     Minyak gosok

1 comment:

  1. Casino - Dr. mcd
    Welcome 문경 출장샵 to Dr. mcd casino. 강릉 출장샵 Dr. Casino in Las Vegas, 제천 출장마사지 Nevada. This casino offers over 600 slot 삼척 출장샵 games 안성 출장샵 including jackpot games, roulette,

    ReplyDelete