Monday, October 10, 2011

Masalah bengkak susu dan cara mengatasi


Antara masalah penyusuan yang mungkin timbul selepas kelahiran bayi adalah bengkak susu. Mengikut pengalaman saya, pada hari ke-3 selepas kelahiran, terjadi bengkak di bawah ketiak. Setelah di rujuk pada doktor, ia merupakan salah satu jenis bengkak susu yang mana ia terjadi akibat daripada kelenjar yang bengkak. Alhamdulillah, selepas 2 hari, bengkak itu hilang setelah penyusuan kepada bayi di teruskan dengan lebih kerap.
Walaubagaimanapun, ada kes di mana semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Pembengkakan sebenarnya ada 2 tahap iaitu biasa / normal dan luar biasa.
Ada beberapa cara yang boleh di gunakan untuk mengatasi masalah bengkak susu ini
  1. Pastikan kedudukan dan pelekapan bayi adalah betul. Kadang kala di sebabkan  kedudukan dan pelekapan bayi yang tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu.
  2. Sebaiknya ibu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan. Perah sendiri menggunakan tangan adalah yang paling baik. Sila rujuk mana-mana web site yang ada menerangkan tentang pemerahan susu menggunakan tangan.
  3. Mandi dengan air suam atau balut payudara dengan tuala yang di basahkan dengan air suam, sambil mengurut perlahan2 sebelum menyusukan bayi.
  4. Ada juga pendapat mengatakan bungkusan ais dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, cara ini hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara sahaja. Cara ini sesuai sekiranya ibu tidak tahan dengan sakit pada payudara.

Sekiranya penyakit berlarutan dan semakin serius, seeloknya rujuk pada doktor. Ini kerana, menurut Dr Hamid Arshat (pakar sakit puan),

“Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu. Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.”

Semoga ilmu yang di kongsi dapat memberi manfaat…wallahualam.. :)

No comments:

Post a Comment