Sunday, May 22, 2011

JAMU BERSALIN WARISAN AFIAT

 Produk Afiat ini adalah keluaran 100% bumiputera muslim. Harganya tidak membebankan dan setiap isi kandungannya juga padat dan lengkap. 

Kandungan dan Cara Pemakaian : 


Air Jamu Muparam
Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Meroyan, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim.

Kapsul Wanita
Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin.

Param Hangat
Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh.

Barut Berubat
Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang.

Minyak Herba Warisan Afiat
Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh.

Balm Herba Warisan Afiat
Ramuan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut.

Akar Kayu
Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari.

Air Lemuju Kukus
Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.

Perabun
Letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan "suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit.

Tali Pembentan
Untuk mencegah dari bentan seandainya si ibu kerap bergerak. 


Harga Pasaran : RM 85.00.

Offer :--> RM83 sahaja!

~Tidak termasuk kos penghantaran~

No comments:

Post a Comment