Kerap juga para ibu bertanya,
‘Set bersalin mana yang paling ok kak?’
‘Antara set bersalin amway dan NR, yang mana yang paling
ok?’
‘set bersalin ni bagus tak?’ dan macam-macam lagi soalan…huhu
Ok, kat sini saya ada buat sedikit rujukan untuk ibu-ibu
yang sedang memilih set bersalin…harap dapat la membantu
- Survey semua info dan
produk set bersalin
Tengok-tengok dulu set bersalin
apa yang ada di pasaran…pilih set bersalin yang agak-agak best…pastu tengok
pada harga, item yang terdapat dalam set
bersalin tu, apa kegunaan dan faedah…
- Berapa budget?
Ha..yang ni penting, sebab ramai
yang kata, yang mahal tu berkualiti dan berkesan…tapi pada pandapat saya, ikut
la pada kemampuan jugak, dan tengok jugak pada keserasian…ada produk yang
murah, tapi agak ramai jugak yang guna, contohnya set bersalin mustika ratu.
Jadinya, tgk dulu pada budget, then fikir mana antara produk yang mampu milik
dan yang terbaik…
- Item yang terdapat dalam set bersalin
·
Mudah atau leceh sikit? – Ada set bersalin yang
perlu di bancuh, baru kita boleh makan, atau pakai. Ada jugak yang kita perlu
telan je terus seperti kapsul atau terus boleh guna mcm krim…ada jugak yang
perlu di bancuh, baru boleh guna…contohnya, set bersalin NR tak perlu bancuh-bancuh,
boleh terus consume…berbanding set bersalin Amway, ada antara item yang perlu
di bancuh dan perhangat dahulu sebelum boleh di gunakan..ada yang berpendapat,
yang perlu di bancuh dan perhangat ni, lebih ‘fresh’ ….Bagi ibu-ibu yang
berpantang sendiri, seelok-eloknya amik set bersalin yang mudah dan praktikal.
·
Jamu atau supplement? – ha..yang ni mmg ibu-ibu
perlu tahu…ada antara set bersalin yang terdiri daripada jamu, supplement atau
pun hemopati..kerana itulah kajian atau pencarian info sebelum membeli produk
itu perlu… Ada ibu-ibu yang lebih sukakan jamu yang boleh memanaskan badan..ada
juga ibu-ibu yang takut nak makan jamu sebab risau kesan kepada baby yang nak
di susukan nanti…dan ada jugak ibu-ibu yang ada background g6pd(confirm tak
boleh makan jamu)… Antara set bersalin ni jugak, ada yang terdiri daripada teh herba
yang perlu di minum, jadinya, kepada ibu-ibu yang mmg tak lalu nak minum herba
ni, boleh la elakkan set bersalin yang ada herba ni, contohnya set bersalin Amway , set
bersalin NR dan set bersalin ibu halimah…
·
Lengkap atau tidak? – Untuk yang bersalin anak
pertama, tentunya memerlukan set yang lengkap, berserta dengan bengkung, param,
pilis etc…jadinya, set bersalin yang ada semua tu ialah set bersalin Sendayu
Tinggi, Set Bersalin Amway(Tropical herbs) Set bersalin Ibu halimah, Set
Bersalin orang kampung. Kalau bersalin anak ke dua dan seterusnya, boleh la
beli set bersalin yang ada basic item je..contohnya set bersalin Leesa, dan set
NR..
·
Tradisional atau moden? – Set bersalin yang boleh saya kategorikan
sebagai tradisional ialah Set
Bersalin Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. Dalam set Tradisional ni, ada
yang perlu di bancuh dan di minum, ada yang perlu di rebus…kalo mak-mak kita
dulu, mmg beginilah cara berpantang mereka dahulu…set bersalin yang saya
kategorikan sebagai moden pula ialah set bersalin Ibu (ambar kenanga), Set
bersalin NR, Set bersalin sendayu tinggi dan set bersalin Leesa..
- Membeli secara berasingan
Set bersalin ini boleh juga di
beli berasingan atau loose…tapi biarlah dari jenama yang sama…contohnya, untuk
kesembuhan dalaman, boleh beli phytonatal dan akar herbanika keluaran NR…manakala
untuk penjagaan luaran, boleh gunakan tungku herba, ginger cream dan body
contour gel dari set bersalin Leesa…kalau campur-campur sangat, takut nnt lain
pula kesannya…
- Bertanya pendapat
Seelok-eloknya, tanyalah pendapat
mereka yang dah ada pengalaman menggunakan set bersalin..contohnya pada ibu ,
rakan-rakan, kakak, kakak ipar ke…ataupun boleh google pengalaman org lain yang
dah pernah gunakan set bersalin yang kita aim tu…
Hmm..sampai sini je isi yang boleh tulis..dah lama tak tulis
karangan, kaku rasanya…:D


This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete